mempersetankan jiwa


apabila perasaan mcm adunan kek yg tak jadi . 
gampang bingung lagi membuntukan . aku tak suka perasaan ni . 
tapi dia tak segan masuk tanpa di-sila-kan .
 takde adab betul . nak je aku tampar . 

memori bersifat setan dikejutkan . 
bodoh , kau tak perlu kembali sebenarnya . 
dimainkan pula pita rakaman yg kian berhabuk , 
membuat aku tak keruan utk menghentikan .
fikiran dihantui kertas kertas kesalahan silam .

tekanan perasaan terasa dalam . 
tekanan jiwa mengusik mentertawakan . 
mungkin itu harga yang perlu dibayar , 
setelah berfoya lupa daratan . 
harga denda dari kerajaan atas . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan